PENDAHULU Ligue 1 Perancis, Paris Saint-Germain Germain (PSG) diikat 2-2 ketika bertemu Stade Reims di Stadium Parc des Princes pada Ahad selepas bos PSG, Luis Enrique memasukkan penjaring terbanyak Kylian Mbappe ketika permainan berbaki 20 minit terakhir.
Reims terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Marshall Munetsi menyudahkan umpanan Oumar Diakite pada minit keenam.
Begitupun, PSG yang berstatus penyandang juara kemudian bangkit dengan dua gol dalam masa dua minit bermula dengan gol sendiri pemain pertahanan Reims, Yunis Abdelhamid hasil daripada sepakan sudut.
Goncalo Ramos kemudian menjadikan kedudukan 2-1 apabila Edoa gagal mengeluarkan bola dengan sempurna dari dalam kawasan pasukan pelawat.
Bagaimanapun, Reims menyamakan kedudukan apabila Diakite mengatasi perangkap ofsaid untuk menterjemahkan hantaran Emmanuel Agbadou bagi menewaskan Keylor Navas.
Mbappe yang menjaringkan 21 gol liga musim ini, melakukan beberapa percubaan ke arah pintu gol Reims, namun gagal menghadirkan impak kepada Yehvann Diouf untuk kedua-dua pasukan mengutip satu mata.
Keputusan di bumi Paris itu menyaksikan PSG melebarkan kedudukan teratas dengan mendahului 10 mata di belakang Brest yang mengutip 46 mata manakala Reims kekal di tempat kesembilan dengan 35 mata selepas mengharungi 25 perlawanan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Mar 10 2024
Mbappe (kanan) dan pemain lawan Amir Richardson berebut bola ketika perlawanan Ligue 1 Perancis antara Paris Saint-Germain dan Reims di Stadium Parc des Princes, Paris, Perancis, 10 Mac 2024. (Foto AP)
RM30.3 juta laksana projek tangani banjir di Johor
Johor menerima peruntukan RM30.3 juta bagi melaksanakan pelbagai projek menangani bencana khususnya banjir akibat kesan perubahan iklim global.
Malaysia yakin Palestin telah buktikan kelayakannya untuk keanggotaan penuh PBB
Malaysia menggesa negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyokong keanggotaan penuh Palestin menyertai badan dunia itu.
Terbuka Thai: Soon Huat-Lai Jemie terkandas pusingan pertama
Soon Huat-Lai Jemie tewas kepada Ruttanapak-Jhenicha 21-19, 17-21 dan 13-21 dalam masa 56 minit.
Orkid Malaysia bakal dipamerkan di KazanForum 2024
Orkid Malaysia akan dipamerkan semasa edisi ke-15 KazanForum 2024 yang bermula di Tatarstan pada Selasa dan akan diteruskan sehingga Ahad (19 Mei).
China dakwa Biden naikkan tarif sebagai kempen pilihan raya
Kementerian Perdagangan Beijing berkata AS sepatutnya segera membetulkan amalan salahnya dan membatalkan tarif tambahan yang dikenakan.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
KKR syor kaji kaedah bagi pendekkan tempoh projek pembinaan ambil masa lama
Ia termasuk mempraktikkan amalan yang dilaksanakan negara luar yang dilihat mampu menyiapkan projek pembinaan dalam tempoh singkat.
Sarawak perlukan 17,500 hektar kawasan baharu sawah padi
Kementerian telah mengenal pasti kawasan baharu iaitu di Sri Aman, Kapit, Mukah dan Limbang bagi tujuan berkenaan.
ART bertingkat di JB miliki 32 stesen - Exco
Projek sistem Aliran Transit Automasi (ART) bertingkat yang dicadang dibangunkan di Johor Bahru akan mempunyai 32 stesen dengan jarak lebih 50 kilometer (km).
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak sedang dirangka
Draf pindaan Ordinan Perikanan Sarawak 2003 sedang dirangka sebagai usaha menubuhkan Jabatan Perikanan Negeri.
Mbappe gagal beri PSG impak di Paris
Reims terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah apabila Marshall Munetsi menyudahkan umpanan Oumar Diakite pada minit keenam.
Ligue 1: PSG teruskan persembahan hambar
Babak pertama menyaksikan mereka menuju ke bilik persalinan dengan kedudukan 0-0, selepas masing-masing buntu mencari gol pendahuluan.